Aiskrim Coklat

Hah, selame ni kan, RT pandai beli aiskrim kat kedai je. Tapi lepas RT dah tahu camne nak buat aiskrim sendiri, dah jarang makan aiskrim luar. *jimat duet* Kih3.

Korang nak cuba? Tak susah mane, tapi korang kne rajin2 kan diri lahh :)
Bahan-Bahan:
4biji kuning telur
100gram gula kastor
375ml susu cair
125ml krim putar (gold label)
75gram coklat masak - diracik2

Cara-Cara:
1. Cairkan coklat (double boiler). Kepingan coklat tu kne kacau pelahan2 & make sure air panas tak terpercik kedalam coklat sebab ia akan merosakkan kualiti coklat tu :)
2. Then, bila dah cair, masukkan kedalam periuk. Pastu letak susu sikit demi sikit sambil dikacau.
3. Masak perlahan hingga mendidih. Angkat periuk dan biarkan selama 30minit
4. Enjut kuning telur + gula = pekat & putih. Masukkan bancuhan susu & coklat cair tadi sambil dienjut.
5. Bila dah sebati, panaskan adunan perlahan2, sambil dikacau hingga adunan tu jadi pekat. *make sure adunan xmendadih tauu*
6. Tapis dan sejukkan.
7. Bila dah sejuk, masukkan krim putar dan kacau rata. Tuang ke dalam bekas plastik dan bekukan dalam freezer :)
8. Selepas 1-2jam (bancuhan telah beku), putar (blend) untuk pecahkan kristal ais. Bekukan semula dan putar lagi sekali. Ulang lagi sampailahh tekstur aiskrim diperolehi.


Senang kan? Takderlah susah mane, cuma korang kena rajin sikit. Kih3

Tip: RT letak sikit esen vanilla coz nak hilangkan bau telur ;)

No comments: