Puding Roti Simple

Puding ROTI! Hella yeah, sangat senang nak buat. Bahan-bahan pun senang nak dapat dan yang pasti, tak perlu keluarkan banyak kos! Nak try? Jum!

Bahan-Bahan
200gram roti sandwich (7keping roti) - potong 4
50gram marjerin - sapu pada roti
3biji telur
90gram gula halus/biasa - bahagi kepada 2 bahagian.
(45gram untuk diisi dalam susu/45gram lagi untuk ditabur)
30gram kismis hitam
1/2camt esen vanilla
500ml susu segar/uht 
1/2 sudu teh garam


Cara-Cara:
1. Potong roti kepada 4 bahagian.
2. Sapu mentega pada kedua2 belah roti
3. Pecahkan 3 biji telur. Pukul dengan 45gram gula, garam dan esen vanilla.
4. Letak susu dan pukul sampai kembang.
5. Susun roti tadi dalam bekas adunan.
6. Letak susu yang telah dicampurkan dengan bahan-bahan tadi dalam bekas adunan.
7. Tabur gula dan kismis di atas roti tadi.

Note:
Suhu ketuhar : 160-180 darjah
Tetingkat atas
Letak bekas adunan di dalam dulang pembakar + air


4 comments:

Rin Chan said...

Sedap kan?? Ho3 my fav food >__<

CikHaniBhulat said...

wah...asyik share rsepi jew ni..tgh mood memasak nyew..dah la hujan kat cini..lapo dibuat nyew =)

RaraTan said...

@Rin Chan ha'ah. memang sedap kan? faveret RT juge nih. kih3

RaraTan said...

@CikHaniBhulat hehehehe. mood makan meluap2 ni. ahaha ~