Pelangi Hidup.



Hidup ini umpama langit, yang tak selalunya cerah. Dan juga umpama laut, yang ada pasang surutnya. Tapi kita pun kena selalu beringat, akan selalunya ada pelangi selepas hujan, sinaran mentari lepasnya mendung. 

Setiap masalah tu akan selalunya ada jalan penyelesaian. Yela, hidup ini tak boleh terlalu nak mengharapkan kesempurnaan sangat. Kadang-kadang bila dipandang dari sudut yang positif, setiap masalah yang kita hadapi itulah yang akan mematangkan diri kita, minda kita, cara kita berfikir dan senang kata, seluruh hidup kitalah.


1 comment:

Elie Lily said...

macam tu lah hidup kan. sekejap naik, sekejap turun kan. tapi seronoklah kalau macam tu kan. warna warni kehidupan. :)