Khutbah Terakhir

KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBA URANAH, BUKIT ARAFAH

"Wahai manusia dengarlah baik baik apa yang hendak ku katakan! Aku tidak mengetahui apakah aku akan bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang orang yang tidak dapat hadir pada hari ini."
   Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatla bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba hendaklah dibatalkan dan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia tela berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara perkara kecil.
   Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tak sukai ke dalam rumah dan dilarangmelakukan zina.
   Wahai manusia, dengarla bersungguh sungguh kata kataku ini, dirikanlah solat lima waktu sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadat aji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tiada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan amal soleh.
   Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan.Oleh itu, awasilah tindak tanduk kamu agar jangan sekali sekali keluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 
   Wahai manusia, tiada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama lamanya. Itulah al Quran dan Sunnahku.
   Hendaklah orang orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitulah seterusnya. Semoga orang yang terakir yang menerimanya lebih memahami kata kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu''

No comments: