I call you , FRIEND



Assalamualaikum w.b.t 

di sebalik kekecewaan yang kita hadapi, ingatlah bahawa Allah swt mempunyai sebab untuk menurunkan segala dugaan dan ujian. Jadi ingatlah bahawa setiap kekecewaan yang kita hadapi, Allah swt pasti akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah, janji Allah pasti ada, kita cuma perlu tunggu dan sabar. AMIN 

...........................................................


Aku suka ayat kat atas ni. Ayat ni macam ada satu power yang kasi aku inspirasi berganda-ganda. Nak nak lagi kalau time tengah frustated tahap gaban. ==" okayy, dah. straight to the point. uhum uhum. aku tahu, tak semua tabah nak hadapi dugaan sendiri. aku pun tak setabah mana untuk hadapi segala masalah sendiri. dan itu gunanya sahabat. Ya, aku sangat berharap aku memilih sahabat yang betul. Supaya boleh membimbing aku ke arah yang lebih baik. Mak selalu pesan, pilih kawan yang elok. Sebab dengan siapa kita berkawan, itulah yang akan membentuk peribadi kita sendiri. Kalau kita berkawan dengan kumpulan suka mencuri, walaupun kita tak join sekaki, masyarakat masih menge-cop kita sebagai pencuri. kenapa? sebab kawan kita macam tu. Hm, betul lah tu ork? Ke aku yang salah? Wallahualam. Aku tak tahu. Biar korang judge sendiri. hihi


#So my dear friends, correct me if i do wrong, hold my hand to the correct path, so all of us still can be FRIENDS forever till jannah :)


No comments: