Manisan Delima Merah (Tap Tim Krob)





Hai alls! Hari ni RT nak kongsi resepi pencuci mulut dari Thailand. Sedap giler. Ala-ala ABC kat Msia gitu tauu. Resepi ni RT blajar waktu amali kat skolah dulu. Korang nak cuba? Bahan-bahan memang senangg nak dapat! Jangan risau, tak mahal punn :)


Ohhh, kite tak guna DELIMA betul tauu. Name makanan aje Delima, tapi sebenarnye guna bahan lain. Korang nak tahu ape dia? Jum usha resepi !! :)


Bahan-bahan:

300gram sengkuang cina - potong dadu
1/2 camt pewarna merah
75gram tepung ubi
150gram gula pasir
300ml air
3helai daun pandan
400ml santan pekat (guna yg fresh lagi sedap!)
1/4camt garam
100gram ais

Prosedur Memasak:

1. Sediakan sirap: Masak gula, air dan daun pandan. Sejukkannya.
2. Menyediakan biji delima
- Larutkan pewarna merah dengan air dan rendam sengkuang cina yang telah dipotong sampailah sengkuang tu bertukar warna (merah)
- Masukkan tepung ubi tu ke dalam beg plastik bersama-sama sengkuang cina yg telah btukar warna tadi. (make sure sengkuang cina tu dah kering tauu)
- Goncang dengan kuat hingga semua sengkuang bersalut tepung.
- Tuang dalam penapis, buang tepung yang berlebihan.
- Didihkan air dan masukkan sengkuang tadi.
- Selepas tiga minit, angkat, tapis dan bersihkan dengan air sedikit. 


Hahh, senang kan? Korang tak nak cuba? hehe:)


tip: lagi sedap kalau makan dengan ais kisar. Ala-ala ABC gitu tauu. 

SELAMAT MENCUBA!

No comments: